Oct 03 2007

10 Petanda Si Dia Adalah Jodoh Anda

Published by lankapo under Uncategorized

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi ?
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Technorati Tags: , ,

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran
Blog Motivasi Pembangunan Diri
http://shueqry.blogspot.com

No responses yet

Oct 02 2007

Happy birthday My Friends in frenster!!

Published by lankapo under Uncategorized

 fren_birthday
Want one? Go to www.geocities.com/testiflash


Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki aminnn: lankapo.com

No responses yet

Sep 27 2007

IKLAN SERAM BALIK RAYA

Published by lankapo under Uncategorized

you can watch it as long it is still in Ramadhan hehe

No responses yet

Sep 25 2007

My first PayPal Payment

Published by lankapo under Uncategorized

After verified my PayPal account using CIMB Master card, finally I manage to receive payment in my PayPal account. After doing some research and some explanation from LiewCF . It is easy actually to validate your PayPal account.As we all know we cannot withdraw money form our PayPal account. However this kid,Bitol from University Petronas show me how to do it with three 3 different ways.

 

Well, I just prefer to save it there so i can purchase online products,pay my hosting and other things.so kat sini ada guide utk validate our PayPal account from Bitol just click here.

How to validate you PayPal account enjoy

 

 

 

paypal

No responses yet

Sep 19 2007

Satria Gemilang - Proton new model ?

Published by lankapo under Uncategorized

30-08-07_1638 30-08-07_1639

30-08-07_1640

30-08-07_1641 30-08-07_1642

2 responses so far

Sep 19 2007

Prison Break Season 3 trailer

Published by lankapo under Uncategorized

My favorite hero has come back, watch out guys

 

Now that Michael Scofield is behind bars in Sona, and the fate of his loved ones hanging in the balance, Michael must find Whistler, a mysterious fellow inmate hiding within the prison’s sewer system. Meanwhile, Lincoln searches for a missing Sara and receives troubling news about LJ.

 

Bellick, Agent Mahon, Scofield and T Bag are all in Sona, will they survive ?

prison_break_ver3

One response so far

Sep 18 2007

A Faithful wife

Published by lankapo under Uncategorized

happy is....

 

A woman’s husband had been slipping in and out of a coma for several months, yet she had stayed by his bedside every single day.

One day, when he came to, he motioned for her to come nearer. As she sat by him, he whispered, eyes full of tears, ” You know what? You have been with me through all the bad times.
When I got fired, you were there to support me.
When my business failed, you were there.
When I got shot, you were by my side.
When we lost the house, you stayed right here.
When my health started failing, you were still by my side…
You know what?” “What dear?”, she gently asked, smiling as her heart began to fill with warmth.

 

 

“I think you’re bad luck.”

No responses yet

Sep 17 2007

Ramadhan Handbook.pdf

Published by lankapo under Uncategorized

Ramadhan-ramadhan yang lepas, aku berkesempatan untuk mengumpul some article and guidlines sempena ramadhan ini. So aku rasa tak salah kalau aku nak share sesama muslim. Antaranya ada yang menerangjan tentang fadhilat terawih secara sains dan jadual waktu semasa ramadhan.

 

Just click here : Ramadan hand book its free :) dun worry

No responses yet

Sep 17 2007

Kamen Rider Kabuto

Published by lankapo under Uncategorized

Ingat lagi tak pada Ksatria Baja Hitam…Tendangan Padu Maut….Tumbukan Padu Maut…ha ingat dah. Zaman aku kecik dulu hero nih dengan space cop gaban ada lah my favorite heroes. Aku duduk  Kem Majidee Johor masa tuh, so cerita ni biasanya petang Khamis. Aku petang kena pergi sekolah agama jauh tuh dah lah jalan kaki. Sekolah agama kat luar kem. So, asal hari khamis jerk lambat datang kelas..Kalau ustaz tanya saya duduk jauh ustaz heheh(hari lain ustaz tak tanya).Mana leh miss tengok Belalang tempur dengan Superbike dia tuh. Nama dia Ksatria Baja Hitam sebab ditranslate oleh Indonesia, tu lah pasal. Sebenarnya Kamen Rider Black, tajuk asalnya. Tapi ni cerita masa darjah dua.

Latest, punya Kamen rider Kabuto. huyoo smart oo. Tak caya korang klik tgk preview dia..Gempak Gila…

Style lawan pun smart, ala-ala Silat Cekak Hanafi, tegak jerk tapi pantas.

Hero kali ini, lebih macho and cool. .Kalau saper nak dvd dia pm aku, bg lah ongkos sket.aku pos kan , episod 1-19.

Takyah cakap banyak korang layan lah…

source from Wikipedia - ni kalau nak tahu secara mendalam

official website -bahasa jepun plak

No responses yet

Sep 03 2007

Nama-nama tempat yang unik di Malaysia

Published by lankapo under Uncategorized

Salam,

Pernah tak korang drive kat mana-mana kampung kawan, girlfriend, boy friend, isteri atau suami, korang tersermepak dengan papan tanda nama kampung atau pekan kecil yang unik dan pelik.

So far, aku rasa kampung isteri aku paling banyak nama-nama pelik tempat dia. Isteri aku asal dari Kampar Perak. Sebelum ni duduk di Kg Kuala Dipang. Ok lagi tuh, berdekatan dengan kampung tu ada  pekan nama Kandang, naik atas lagi ada tempat nama Mambang di Awan ahahhaa . Serius bai. Ini yang paling aku tak tahan. Cam dalam filem P Ramlee plak. Cuba korang bayangkan kalau tukis surat alamat dia mesti camni

 

Ali bin Ahmad

no 13 , Jalan Kampar,

Mambang Di Awan,

Kampar Perak

 

hahhah, orang Perak jangan marah hehe aku tahu pasal ada kawan sekolah aku yang isteri dia asal dari Mambang di Awan ni.

Johor pun ada. Nama-nama parit kat Muar macam-macam ada. Parit Ponorojo ada, Parit Jawa ada. Kat tempat aku ada nama Sagil, Kg Konggo , banyak lah jugak

 

Pada aku nama-mana unik ni lah yang akan distinguish tempat diaorang dari tempat lain. Kalau korang perasan nama-nama taman sekarang semua lebih kurang , Contoh nama Muhibbah,putra, mega , melambak dah kat malaysia. Mungkin ada bijaknya memberi nama-nama yang pelik ini. Lebih di kenali ramai.

Kesimpulannya, berbanggalah dari mana pun anda, tak kira lah dari kampung, pekan, atau daerah mana, janji kita anak malaysia. hidup aman merdeka

p/s

kat tempat korang ada tak nama-nama yang lagi best ?

No responses yet

« Prev - Next »