Nov 23 2006
Nurul Syuhada
Nurul belum temui `Mr Right’
SENYUM manis yang menampakkan lesung pipitnya itu memang tidak jemu
dipandang. Ditambah ketinggian serta gaya persis model, siapa tidak
tertarik melihat kejelitaan pengacara Nona TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain
Mohd Zain.
Namun semacam satu `sumpahan’ pula apabila seseorang gadis itu
mengacarakan Nona, mereka akhirnya disunting golongan VIP. Lihat saja
suratan jodoh dua bekas pengacara Nona lalu, Normala Samsudin (kini
Datin Seri) serta Norjuma Habib Mohamad (juga Datin). Mereka sudah
bergelar isteri kepada golongan atasan.
Difahamkan, salah seorang bekas pengacara Nona yang kini diserapkan
sebagai pembaca berita turut dikaitkan dengan seorang usahawan bergelar
Datuk. Bagaimanapun, hubungan mereka belum berakhir ke jinjang pelamin
biarpun gosip itu sudah lama tersebar.
Bagi Nurul, 22, semua itu hanya kebetulan. Biarpun mengakui pernah
terkena tempias dengan orang kenamaan, namun soal jodoh baginya adalah
ketetapan Ilahi.
"Entahlah, kalau dilihat nama-nama pengacara Nona, boleh dikatakan
semuanya bermula dengan huruf N. Normala, Nurfarahin, Norjuma dan
sekarang saya, Nurul Syuhada. Mungkin semua ini satu kebetulan.
"Namun janganlah mengatakan tujuan saya menjadi pengacara kerana mahu
berdampingan dengan Datuk, Tan Sri atau kerabat diraja. Bukankah kita
kena percaya bahawa jodoh, ajal dan maut ditentukan Tuhan?
"Sudah takdir jodoh bekas pengacara Nona sebelum ini adalah bersama
orang kenamaan. Saya belum memikirkan dengan serius mengenai calon
suami kerana tumpuan saya ketika ini adalah kepada kerjaya," kata bekas
Juara program realiti Malaysian Top Host itu.
Nurul berkata dia sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan bagi
memastikan dirinya tidak dihambat gosip atau kontroversi. Menjawab
pertanyaan samada dia sudah berteman, Nurul berkata: "Saya memang ada
ramai kawan tapi teman istimewa belum ada lagi. Saya belum bertemu
jejaka idaman saya. Namun seperti semua wanita lain, saya cuma berharap
agar satu hari nanti akan dipertemukan dengan lelaki yang bertanggung
jawab dan ikhlas."
Nurul seronok jelajah dunia
SELAMA 10 bulan menjadi hos Nona, ia banyak mendedahkan pemegang Ijazah
Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & Teknologi
Malaysia (Kustem) itu dengan pelbagai pengalaman hebat.
Nurul menganggap dirinya cukup bertuah kerana diberi peluang menjelajah
ke dunia luar walaupun masih baru dalam bidang penyiaran. Sehingga
kini, anak kelahiran Kuala Selangor itu sudah dihantar bertugas di
Phuket, Thailand; Manila (Filipina); Hong Kong dan Macau (China) serta
Bukit Tinggi, Solo dan Yogyakarta (Indonesia).
Bagi Nurul, manusia yang jauh perjalanan akan mendapat pengalaman luas.
"Saya sedih apabila melihat sendiri kesengsaraan mangsa gempa bumi di
Yogyakarta ketika melawat mereka pada bulan puasa lalu. Bayangkan
seorang lelaki yang juga seorang imam masjid sanggup tidur bersama
keluarganya di kandang lembu peliharaan mereka kerana masih trauma
dengan kejadian itu.
"Paling sedih ialah melihat anak-anak kecil yang kurus kerana tidak
cukup makan. Mereka terpaksa beraya dalam khemah dan hidup dalam penuh
kedaifan.
"Jadi kita seharusnya bersyukur dilahirkan di Malaysia. Kita hidup
dalam suasana aman dan tenteram tanpa dilanda musibah yang teruk,"
katanya. Di sebalik pengalaman pilu itu, Nurul juga pernah berdepan
saat yang mendebarkan iaitu ketika membuat liputan di Macau, beberapa
bulan lalu. "Apa tidaknya, saya terpaksa membuat terjunan udara,
SkyJump, dari ketinggian 233 meter di Menara Macau.
"Saya memang kecut ketika itu, tapi memikirkan peluang hanya datang
sekali dalam seumur hidup, saya gagahkan juga diri untuk mencuba.
Akhirnya saya berjaya membuat terjunan itu tetapi rasa seperti tidak
percaya saya mampu lakukannya," ujar Nurul.
Info: Nurul Syuhada
Nama sebenarnya, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain dan dilahirkan pada 29 November 1984 di Kuala Selangor.
Bagaimanapun, dia dibesarkan di Rembau, Negeri Sembilan.
Gadis berusia 22 tahun itu memiliki ketinggian 1.66 sentimeter dan berat 55 kilogram.
Juara program realiti Malaysian Top Host itu adalah pemegang Ijazah
Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & Teknologi
Malaysia (Kustem).
Dia sukakan hobi lasak seperti selam skuba dan berenang di dasar laut.
Selain pengacara Nona, anak kedua daripada tiga adik beradik ini
bertugas sebagai Wartawan Penyiaran TV3.
Nurul pernah muncul dalam iklan jus buah-buahan yang disiarkan di sebuah stesen TV Russia ketika masih menuntut di Kustem.
www.gifts.lankapo.com
hai kak nurul….slmt brkenalan,sy pmnat kak nurul,jd pengacara mjlah 3 bgus skali,dugaan dan rintangan harus ditempuh,biar orang ckp,kehidupan harus di teruskn……….
love u nurul..
hai kak nurul!!saye peminat kak nurul..saye harap kak nurul jngn ambil peduli apa orng lain katakan tntang kak nurul…semoga kak nurul & dr.faiz bahagia…syng kak nurul
harap dapat tengok kak nurul mengacara rancangan yang len plak…..chaiyo,chaiyo kak nurul